Selasa, 9 April 2013

Berjuang untuk menyiapkan Proposal AR

Rabu, 27 Jun 2012

hye smua...
~stelah skian lama mnyepi, akhirnya sy muncul kmbali~
haha..chewah mcmla org menanti ktibaan zahra dlm blog ni..
maybe ade yg trtanye dimana zahra mghilang..
:)......jeng'jeng'jeng'

haha, tk hilang kmana2 pun cuma tkde mse nk update blog ~konon2 la..tk tau nk ckp cmne, padahal dh msuk staun x update~ tipu la klau nk kate tkde mase langsung kn..


btw, bukan ape, stahun kbelakangan ni zahra masih baru dlm dunia pnulisan blog, jd msih trcari2 idea utk disampaikan kpd viewers kt luar sana..{luv u all coz still supporting me}


dlm mase yg sama zahra cuba mcari satu pmbharuan dlm gaya pnulisan zahra...
mybe rmai yg kate gaya pnulisan zahra ni mcm trlalu "skema" {xtaula btul ke x}, 
but itula kperibadian zahra yg sbenar, alwayz like that...


anyway zahra cube wt yg trbaik utk kmbali smula brada dlm blog ni, brkongsi ssuatu, at least mybe yg slama ni trpndam utk diluahkn dari nurani ini...kisah hdup zahra, minat n kperibadian yg mgkin ade ssuatu yg bleh dikongsikan utk smua...


hrp2 lpas ni zahra ade pluang utk mnulis lg,dan lg, dan lg dlm blog yg srba ringkas ni... {cadang xnk tulis pnjg2, last2 jd pnjg juga} hehe.. maaf yee.... ;)


anyway, thanks 4 supporting me k.. Love u so much!

Sabtu, 12 Februari 2011

Bahagian 1 : Motivasi untuk khusyuk

 BIO-MEKANIK SOLAT oleh Dr. Yusof Abbas
hak cipta Nur Tijarah Enterprise

Khusyuk adalah syarat utama menentukan kualiti solat seseorang selepas kesempurnaan wuduk, solat di awal waktu dan berjemaah. Tanpa khusyuk walaupun kita istiqamah setiap waktu, solat itu tidak menjamin kejayaan hakiki iaitu memasuki syurga Allah. Tanpa khusyuk, tidak menjamin akhlak kita dengan orang lain, akhlak kita dgn keluarga, terhadap makhluk lain, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah S.W.T.

Ingatan Allah di dalam surah Al-Ankabut: 45
"Bacalah apa yang diwahyukan iaitu Al-Quran dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu akan mencegah seseorang dari perbuatan fahsya' (keji) dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Sedarlah syurga itu mahal harganya dan neraka itu murah serta mudah untuk memasukinya. Bersungguh-sungguh untuk khusyuk bermaksud bersungguh dengan urusan akhirat.

Yakinlah khusyuk semasa solat pemangkin kpd kita untuk khusyuk bertilawah Al-Quran, puasa yang berkualiti, haji yg mabrur, doa wirid yang khusyuk dan dalam semua ibadah lain.

Sekiranya orang berkata yang dia benar-benar ikhlas apabila melakukan sesuatu atau membantu meringankan kesusahan orang lain, pengakuannya itu belum menggambarkan keikhlasan yang sebenar.

Nilai ikhlas itu adalah urusan Allah, begitu juga hanya Allah yang tahu kekhusyukan hamba-Nya ketika solat. Ajaklah dan ingatkan orang lain untuk khusyuk tetapi bukan mengaku sudahpun khusyuk.

Namun begitu keikhlasan boleh dilihat dari cara tutur kata seseorang dan juga bahasa badannya. Begitu juga orang yg mampu khusyuk dalam solatnya juga boleh dilihat dari tutur kata, senyum tawa, cara bergurau senda, tingkah lakunya, bahasa badannya, emosinya, ketegasan dan terserlah ketinggian tawaduk.

Oleh itu 8 kaedah Bio-Mekanik untuk Khusyuk akan dibincangkan pada bahagian akan datang:
  • 1. Penetapan minda & emosi
  • 2. Perlaziman minda
  • 3. Pernafasan
  • 4. Pembacaan
  • 5. Tumpuan mata
  • 6. Pendengaran 
  • 7. Gerakan
  • 8. Imaginasi

Selamat menghayatinya~~ dari Nurani Az-Zahra :)


Rabu, 26 Januari 2011

Ahlan Wa Sahlan :)

Pertama sekali,syukur Alhamdulillah, trima ksih yg tidak terhingga buat sokongan yg diberikan.. Memandangkan ini pertama kali sy mencuba menulis blog, terasa sedikit teruja atas ulasan2 yg telah diberikan.. Terima kasih kerana memandang usaha sy ini sbg salah satu medium yg trbaik utk brkongsi ilmu.. Hanya perkongsian biasa, namun semoga ia menjadi satu titipan yang berguna..

InsyaAllah...Dengan hasrat mencapai Nurani setiap insan, tetap menjadi keutamaan...

Syukran Jazilan... :D

Selasa, 25 Januari 2011

~ Bio-Mekanik SOLAT .. ape tu?? ~

Assalamualaikum semua.. :D

Hari2 pada musim cuti akhir tahun lalu, saya banyak mghabiskan masa dirumah.. dan hobi yang paling biasa dilakukan oleh orang perempuan ialah keluar membeli belah.. Teman akrab saya, Bonda tercinta.. inilah saat2 yang paling saya nantikan, menghabiskan masa dengan orang yg paling saya kasihi..


Namun pada satu hari, sy buat kptusan utk tinggal dirumah, kebetulan Mak akan membantu urusan Abah di bengkel keretanya.. rutin harian dijalankan seperti biasa, namun pada wktu petang, terasa boring sgt... dengan serta merta teringin berehat di anjung rumah... buku2 tersusun rapi di rak.. kbnyakannya koleksi Mak yang sukakan buku2 ilmiah, termasukla majalah Wanita kesukaannya.. terdedetik di hati, lalu menggapai sebuah buku...


Bio-Mekanik SOLAT




tajuk hadapan buku pun buat aku tertanya2 isinya.. lalu terbaca pelbagai info yg tk pernah tau langsung tentang Solat..  Rupa-rupanya Solat itu sendiri telah dikaji oleh pelbagai ilmuan tentang kelebihannya, dari aspek fizikal dan kesihatan mental..
sgt2 menarik sehingga sy terus membacanya berulang2 kali sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ilmu dapat saya aplikasikan dalam solat seharian..


InsyaAllah, buku karya Dr. Yusof Abbas ini akan saya kongsikan dlm blog ini dari semasa ke semasa.. 


Semoga kita mendapat manfaat dan disebarkan buat sahabat2 yg lain...


Wallahualam.... 

Salam Pengisian Nurani Az-Zahra :)

Isnin, 24 Januari 2011

Kisah kod E dan sewaktu dengannya...

Sblum ni aku suka makan megi... Terutamanya Mamee n swaktu dengannya... memang best mkn megi ni, buka plastik, bubuh dlm mangkuk pastu makan.... nyum2,,..sdap, dengan kehangatannye, terasa mcm tukang msak profesional...



tapi smenjak ditegur oleh seseorang, aku langsung dah x mkn, malah terfikir nak beli pun tak pernah... kalau dulu berpeket-peket stok megi mesti tersedia dlm bilik... lapar je,,,NGAP!! hehe... tu la yang best nye.. cpat dan mudah...


ape yg buat aku x mkn smpai skrg??? umm.. sbnarnya ade 2 kejadian.. korang redy nak tau??? bkan nak kondem mana2 jenama mee segera... tapi inilah hakikatnya....


First, En.Mutalib, pensyarah kt klas pernah citer yang megi ni kesannye sgt buruk utk sistem penghadaman.. perut x mampu nk tapis bahan kimia yg ada dlm perencah megi... akibatnya, die msuk kt dlm buah pinggang n lama kelamaan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.... Dengar je benda2 tu,trus rase insaf kejap, tp mase tu stok megi masih ade dlm bilik... so, dlm hati berbisik.."takpela, aku hbiskan je la megi tu dulu, da hbis nti xyah beli lagi"....


malangnya... masa berlalu, duit elaun smakin sikit.. so, automatik, 'ter' beli plak 2 peket Mamee kari Berapi...
hehe... betapa degilnya aku...


makan punye makan.... dekat nak habis, shabat aku Wani datang bilik... sedang syok makan, die pun tanye...
"Jenama ape ko beli ni?"... aku pun jwb dgn selamba nya... "Mamee Kari Berapi....." Dia drpd selera mkan, smpai tiba2 stop mkan... dia pandang semacam... lalu bertanya "Ko dah check blum,blakang bungkusan tu, ingredient perencahnye ape??" ..aku jwb "blum... kne check ke??" , Wani geleng kepala... sambil tunduk, dia hulurkan sehelai kertas kod E dan suruh aku check....


"Ha'ah la... ade....Astaghfirullah....."
berderau darah aku memikirkan betapa banyaknya stok Mamee yang slama ni aku dah NGAP! ...huhu...
tp takpela, at least skrg aku dah tau, n aku dah tak mkn lagi Mamee n yg sewaktu dengannya...
huhu.... nyesal2...


pengajarannya: check dlu ingredient ape2 saja brg makanan yg nak dibeli.. pastikan kod E ade dlm catatan henset atau kertas yang boleh dibawa stiap kali kita shopping....  utk elakkan sebarang kesan pada hati Nurani kita....


pada yang 'ter' makan tu takpela... Istighfar byk2, smoga Allah ampunkan dosa kita yg tk tau... bila dah tau nanti, hati2 ye.....

KOD E yang ade unsur Babi didalamnya
E100,E110,E120,E140,E141,E153,E102,E210,E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E325,E326,E327,E344,E355,E366,E337,E442,E420,E431,E436,E440,E470,E478,E481,E483,E491,E495,E542,E570,E572,E631,E635,E904,E120,E141,E160,E161,E252,E300,E422,E430,E431,E433,E435,E436,E441,E470,E471,E472,E474,E475,E476,E477,E481,E482,E483,E491,E494,E542,E572.


Hati-hati memilih makanan kerana makanan itulah yang membentuk diri kita.. "We are what we eat"...InsyaAllah kita dapat jauhkan diri dari neraka Allah.... Amin.

Bentuklah Nurani kita dengan makanan yang Halalan Tayiba~~.

"IPG KDRI'....hamparan suka,duka dan air mata

....Memori Julai 2008........


Melangkah masuk di pintu utama,pada bangunan yang tersergam indah, terpampang papan tanda "Institut Perguruan Kuala Terengganu" (kini dikenali dengan Institut Pendidikan Guru Dato' Razali Ismail).  Disaat itu hatiku berkecamuk dengan pelbagai perasaan.. Bingung, namun raut wajahku masih tetap tenang.. Mak dan abah yang menemaniku seperti biasa menjalankan tugas mereka mcm dulu2 sewaktu aku masuk sekolah..kelihatan tenang, namun hanya Allah saja yg tau perasaan mereka merelakan puteri kesayangan mereka meneruskan pengajian di tempat orang.. 


Aku terlewat untuk hari pertama pendaftaran, hampir masuk waktu makan tengah hari barulah aku selamat mendaftar.. Yang paling tidak dapat ku lupakan ialah, disaat kekalutan itu, aku tercicir beg dompet.. Seluruh IPKT bergema berkali-kali dengan memanggil namaku.. Serious,tak perasan langsung...hehe.. malu aku dibuatnya..namun bagus juga, kurang sikit rasa gemuruhku...


Classmates PPISMP Maths2 2008
Sambutan Hari Raya~~




Hari pertama di IPKT, pada waktu itu, ok2 saja... namun pada hari menandatangani perjanjian, membuat aku berfikir banyak kali... rasa mcm tak sanggup nak teruskan pengajian disini.. diasak dengan ancaman yang GAGAL akan dibuang, tambahan pula major Matematik yang ku ambil, khabarnya ramai  yang terkandas di tengah jalan..


Aku tercari2 kekuatan diri... sambil mendekatkan diri dengan Allah dan cuba meyakinkan diri.. Ternyata, aku tewas dengan perasaan sendiri.. Segera ku hubungi mak dan abah, menyatakan hasratku untuk menarik diri... Mak dan abah bagaimanapun tetap memberikan semangat.. kata mak, "Percayalah pada diri sendiri, awak boleh...", pada waktu itu juga,berderai air mataku mengenangkan betapa beratnya amanah yang diberikan diiringi doa dan harapan mereka. Aku akur dan menyelesaikan borang perjanjian secepat mungkin, walaupun hatiku masih berbelah bagi.


Seminggu selepas minggu orientasi, aku menerima kad ucapan yang tidak disangka-sangka... Cantik, dengan corak bunga ros yang paling ku minati...Tertera kata2 "My daughter, we love you..From your beloved family..", tanpa tertahan, aku menangis sambil menggenggam erat kad itu lalu ku bawa kedada ku.. Hatiku berbisik..


"Ya Allah, betapa besarnya kasih sayang mereka terhadapku, maka Kau ampunkanlah dosa mereka, berikanlah kerahmatanmu kepada mereka, kasihilah mereka juga seperti mereka mengasihiku sejak kecil...."





Dari detik itu aku membina kekuatan, berbekalkan semangat dan doa mereka, ku teruskan pengajianku sehingga ke hari ini... Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun aku menimba ilmu untuk menjadi pendidik..  Berkat  satu kad ucapan yang penuh bermakna dari mereka... begitulah impak keikhlasan mak dan abah... sehingga kini terasa di sudut hati Nuraniku... 

Terima kasih Mak & Abah.... Zahra sayangkan Mak & Abah....