Isnin, 24 Januari 2011

"IPG KDRI'....hamparan suka,duka dan air mata

....Memori Julai 2008........


Melangkah masuk di pintu utama,pada bangunan yang tersergam indah, terpampang papan tanda "Institut Perguruan Kuala Terengganu" (kini dikenali dengan Institut Pendidikan Guru Dato' Razali Ismail).  Disaat itu hatiku berkecamuk dengan pelbagai perasaan.. Bingung, namun raut wajahku masih tetap tenang.. Mak dan abah yang menemaniku seperti biasa menjalankan tugas mereka mcm dulu2 sewaktu aku masuk sekolah..kelihatan tenang, namun hanya Allah saja yg tau perasaan mereka merelakan puteri kesayangan mereka meneruskan pengajian di tempat orang.. 


Aku terlewat untuk hari pertama pendaftaran, hampir masuk waktu makan tengah hari barulah aku selamat mendaftar.. Yang paling tidak dapat ku lupakan ialah, disaat kekalutan itu, aku tercicir beg dompet.. Seluruh IPKT bergema berkali-kali dengan memanggil namaku.. Serious,tak perasan langsung...hehe.. malu aku dibuatnya..namun bagus juga, kurang sikit rasa gemuruhku...


Classmates PPISMP Maths2 2008
Sambutan Hari Raya~~




Hari pertama di IPKT, pada waktu itu, ok2 saja... namun pada hari menandatangani perjanjian, membuat aku berfikir banyak kali... rasa mcm tak sanggup nak teruskan pengajian disini.. diasak dengan ancaman yang GAGAL akan dibuang, tambahan pula major Matematik yang ku ambil, khabarnya ramai  yang terkandas di tengah jalan..


Aku tercari2 kekuatan diri... sambil mendekatkan diri dengan Allah dan cuba meyakinkan diri.. Ternyata, aku tewas dengan perasaan sendiri.. Segera ku hubungi mak dan abah, menyatakan hasratku untuk menarik diri... Mak dan abah bagaimanapun tetap memberikan semangat.. kata mak, "Percayalah pada diri sendiri, awak boleh...", pada waktu itu juga,berderai air mataku mengenangkan betapa beratnya amanah yang diberikan diiringi doa dan harapan mereka. Aku akur dan menyelesaikan borang perjanjian secepat mungkin, walaupun hatiku masih berbelah bagi.


Seminggu selepas minggu orientasi, aku menerima kad ucapan yang tidak disangka-sangka... Cantik, dengan corak bunga ros yang paling ku minati...Tertera kata2 "My daughter, we love you..From your beloved family..", tanpa tertahan, aku menangis sambil menggenggam erat kad itu lalu ku bawa kedada ku.. Hatiku berbisik..


"Ya Allah, betapa besarnya kasih sayang mereka terhadapku, maka Kau ampunkanlah dosa mereka, berikanlah kerahmatanmu kepada mereka, kasihilah mereka juga seperti mereka mengasihiku sejak kecil...."





Dari detik itu aku membina kekuatan, berbekalkan semangat dan doa mereka, ku teruskan pengajianku sehingga ke hari ini... Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun aku menimba ilmu untuk menjadi pendidik..  Berkat  satu kad ucapan yang penuh bermakna dari mereka... begitulah impak keikhlasan mak dan abah... sehingga kini terasa di sudut hati Nuraniku... 

Terima kasih Mak & Abah.... Zahra sayangkan Mak & Abah....

0 ulasan:

Catat Ulasan