Sebelum merungkai rahsia, mengatur bicara... salam perkenalan saya hulurkan buat pelawat2 blog yang mungkin secara tidak sengaja membuka blog ini.. Terdetik di hati saya untuk menulis disini bukanlah semata-mata sekadar mempamerkan kisah hati, bahkan ia satu perkongsian buat mata dan telinga yang mahu melihat dan mendengarnya.. Tidak terlintas untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk menzahirkan diri... Namun, mungkin coretan hati ini dapat dijadikan panduan dan iktibar yang berguna bagi sesiapa jua yang menerimanya secara terbuka.. Kisah hidup yang ada pasang surutnya, kisah hati yang sentiasa mencari-cari CintaNya..juga kisah hati yang mempunyai mimpi dan harapan yang pastinya wujud dlm setiap Nurani insan.. Singkaplah kisah hati ini, agar kita mampu berada dlm ketenangan menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ini, berbekalkan pengalaman yang dikongsikan....
Sekian, salam Nurani Az-Zahra..
0 ulasan:
Catat Ulasan