hak cipta Nur Tijarah Enterprise
Khusyuk adalah syarat utama menentukan kualiti solat seseorang selepas kesempurnaan wuduk, solat di awal waktu dan berjemaah. Tanpa khusyuk walaupun kita istiqamah setiap waktu, solat itu tidak menjamin kejayaan hakiki iaitu memasuki syurga Allah. Tanpa khusyuk, tidak menjamin akhlak kita dengan orang lain, akhlak kita dgn keluarga, terhadap makhluk lain, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah S.W.T.
Ingatan Allah di dalam surah Al-Ankabut: 45
"Bacalah apa yang diwahyukan iaitu Al-Quran dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu akan mencegah seseorang dari perbuatan fahsya' (keji) dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Sedarlah syurga itu mahal harganya dan neraka itu murah serta mudah untuk memasukinya. Bersungguh-sungguh untuk khusyuk bermaksud bersungguh dengan urusan akhirat.
Yakinlah khusyuk semasa solat pemangkin kpd kita untuk khusyuk bertilawah Al-Quran, puasa yang berkualiti, haji yg mabrur, doa wirid yang khusyuk dan dalam semua ibadah lain.
Sekiranya orang berkata yang dia benar-benar ikhlas apabila melakukan sesuatu atau membantu meringankan kesusahan orang lain, pengakuannya itu belum menggambarkan keikhlasan yang sebenar.
Nilai ikhlas itu adalah urusan Allah, begitu juga hanya Allah yang tahu kekhusyukan hamba-Nya ketika solat. Ajaklah dan ingatkan orang lain untuk khusyuk tetapi bukan mengaku sudahpun khusyuk.
Namun begitu keikhlasan boleh dilihat dari cara tutur kata seseorang dan juga bahasa badannya. Begitu juga orang yg mampu khusyuk dalam solatnya juga boleh dilihat dari tutur kata, senyum tawa, cara bergurau senda, tingkah lakunya, bahasa badannya, emosinya, ketegasan dan terserlah ketinggian tawaduk.
Oleh itu 8 kaedah Bio-Mekanik untuk Khusyuk akan dibincangkan pada bahagian akan datang:
- 1. Penetapan minda & emosi
- 2. Perlaziman minda
- 3. Pernafasan
- 4. Pembacaan
- 5. Tumpuan mata
- 6. Pendengaran
- 7. Gerakan
- 8. Imaginasi
Selamat menghayatinya~~ dari Nurani Az-Zahra :)